(Lawak) Siapa Lagi Hebat?

Posted by admin on Jul 30, 2010

Siapa Lagi Hebat?

Nak dijadikan cerita, ada 3 orang menteri bersama seorang budak sekolah manaiki helikopter yang dipandu seorang juruterbang merentasi laut sulawesi. Dalam perjalan tiba-tiba enjin helikopter rosak lalu menyebabkan suasana menjadi kelam kabut.

“Helikopter ini akan terhempas.  Semua penumpang diminta melompat keluar  dengan mengunakan payung terjun” kata juruterbang.

Malangnya, cuma terdapat 4 payung terjun dalam helikopter itu!.

Menteri A pun berkata ” Aku perdana menteri, kamu mesti mengutamakan aku.  Akulah orang nombor 1 negara, kalau aku mati siapa yang akan mentadbir negara” .  lantas beliau pun mengambil satu bag dan terus melompat keluar.

Kemudian Menteri B pun berkata, “aku timbalan perdana menteri. Aku juga orang penting negara. Aku akan mengantikan menteri A jika dia tiada”. Lalu mengambil satu bag dan melompat keluar.

Seterusnya Menteri C pula mengambil bag dan melompat keluar. Aku menteri kerja raya. Kalau aku tiada siapa yang akan menguruskan jalan nanti katanya.

Tinggallah budak sekolah dan juruterbang. Anak, pergilah ambil payung terjun itu. Saya ini orang biasa saja.

Lalu berkata budak sekolah “Pakcik masih terdapat 2 payung terjun. Salah seorang Menteri tadi tersalah ambil bag sekolah saya dan melompatkeluar!”

Dalam tragedi ini, hanya budak sekolah dan juruterbang sahaja yang terselamat :-P