Apa itu Resume?
Resume adalah ringkasan mengenai diri anda. Ianya termasuk butiran peribadi, pencapaian akademik, kemahiran, pengalaman kerja dan lain-lain. Tujuan utama resume adalah untuk menarik perhatian majikan dan seterusnya memanggil anda untuk temuduga.

Melalui Resume, pembaca seharusnya mendapat gambaran awal mengenai latar belakang anda. Namun, ia seharusnya mengandungi butiran penting sahaja dan bukannya berbentuk karangan. Pemeriksa resume atau majikan mungkin tidak mempunyai masa yang banyak untuk memeriksa berpuluh atau mungkin beratus resume. Jadi, membuat helaian yang terlalu banyak seharusnya dielakkan. Sebaik-baiknya hanya 2 helaian sudah mencukupi.
Resume yang baik akan menentukan samaada anda dipanggil untuk senarai pendek (shot-list).
Selain Resume, istilah lain yang biasa digunakan adalah Curriculum Vitae (CV), Bio-data, Personal details dan Dossier.
Contoh Resume: Contoh Resume
Sumber:-
kerjaya.org
Sila kongsikan dibawah jika anda mempunyai sebarang komen atau cadangan. Terima kasih.









