Ramai orang dahulu suka membeli emas. Bukan hanya untuk perhiasan semata-mata tetapi ianya baik untuk pelaburan.
Emas boleh dicagarkan semula semasa memerlukan wang. Berbeza dengan melabur dalam saham, anda tidak akan rugi jika membeli emas. Emas terbuti mempunyai nilai yang kukuh. Berikut adalah graf harga emas untuk perbandingan 36 tahun.
Dengan situasi matawang yang tidak menentu, membeli emas semasa harga rendah adalah sangat baik. Tidak semestinya perlu mengikuti kursus atau pelaburan tertentu, cukup dengan membeli kepingan emas untuk simpanan sendiri atau barang perhiasan seperti cincin, rantai dan sebagainya.
Seperti sedia maklum, Emas mempunyai gred-gred yang berbeza. Emas terbaik adalah 24 karat (Emas Tulen 99.99%), diikuti 22 karat (emas 916) , 20 karat dan seterusnya.
Jika anda mempunyai sebarang pendapat atau cadangan, sila kongsikan melalui ruagan dibawah. Terima kasih.










