Review
Crash adalah sebuah filem arahan Paul Haggis diterbitkan pada 2004. Ia merupakan filem Amerika yang mengisahkan masalah racist / ketegangan kaum. Filem ini adalah berdasarkan kisah benar dan telah memenangi beberapa anugerah.
Crash bermula dengan kemalangan kereta dan penemuan mayat seorang remaja yang menghimpunkan pelbagai kisah daripada individu yang berlainan latar belakang. Antaranya, seorang penyiasat kulit hitam mempunyai adik kandung yang terlibat dengan jenayah jalanan, seorang perempuan yang paranoid selepas terlibat dengan rompakan, pegawai polis yang tertekan kerana rakan sekerja yang bersikap perkauman, tukang kunci yang juga seorang ayah yang baik namun selalu disangka buruk, serta keluarga dari timur tengah yang sentiasa terancam akibat serangan 11 september.
Pelbagai iktibar boleh diambil daripada filem ini terutamanya tentang keburukan apabila sikap perkauman menular dikalangan masyarakat.








