Review

Bagi pengemar sitkom animasi Futurama ciptaan Matt Groening ini, menontonya berulang kali tetap menghiburkan. Belatarkan abad ke-31, Futurama kini mempunyai 6 season dan 4 movie.

Sedikit sebanyak mengenai watak dalam Futurama:-

Philip J. Fry
Seorang penghantar pizza yang dungu. Beliau terjatuh ke mesin masa pada malam tahun baru dan dibekukan sehingga tahun baru 2999. Beliau kemudian bekerja sebagai budak penghantaran bungkusan di Planet Express, syarikat milik saudara beliau yang masih hidup, Profesor Hubert J. Farnsworth dan jatuh cinta kepada Leela.

Turanga Leela
Kapten Kapal Planet Express yang berwibawa, seksi dan bermata satu. Pada mulanya menyangka dirinya sebagai makhluk asing, tetapi sebenarnya mutan dari terowong pembentungan.

Bender Lenturan Rodríguez
Robot yang suka mencarut, pemarah, suka minum arak dan menghisap rokok. Pada asalnya diprogramkan untuk kerja-kerja memintal besi, kemudian menjadi tukang masak di Planet Express, walaupun tiada deria rasa. Beliau adalah rakan karib Fry dan tinggal serumah.

Profesor Hubert J. Farnsworth
Dikenali sebagai ‘Profesor’, anak saudara Fry pada abad 31. Beliau mengasaskan Planet Express Inc untuk membiayai kerja-kerja beliau sebagai saintis gila.

Dr John A. Zoidberg
Makhluk asing yang seakan lobster. Selalu beranggapan beliau pakar mengenai anatomi manusia, tetapi selalu saja membuat sesuatu yang salah. Selalu dihina oleh anak kapal yang lain kecuali Professor.

Amy Wong
Seorang anak bangsawan cina yang berasal dari Marikh. Menyambung jurusan di Planet Express dan hanya memperoleh doktor falsafah pada musim ke-6.

Conrad Hermes
Merupakan akauntan di Planet Express dan juga pegawai biokrat. Beliau merupakan bekas juara dalam Limbo Olimpik, mempunyai seorang isteri (LaBarbara) dan seorang anak lelaki (Dwight) berusia 12 tahun.

Zapp Brannigan
Kapten Nimbus starship yang selalu sambil lewa menjalankan tugas dan suka menyindir.

Kif Kroker
Merupakan makluk asing spesis amfibia, Leftenan dan juga pembantu peribadi Zapp Brannigan. Beliau bercinta dengan Amy Wong.

Mom
Pemilik Momcorp yang merupakan syarikat perkapalan terbesar diabad ke-30. Seorang yang jahat, kejam dan sekali sekala cuba menguasai dunia. Beliau mempunyai tiga anak iaitu kikuk, Walt, Larry, dan Igner.

Nibbler
Haiwan peliharaan Leela yang sangat pintar dan bertanggungjawab mengekalkan keselamatan alam semesta. Beliau menyebabkan Fry terjatuh kedalam mesin masa.

Untuk menonton Futurama (siri 1-6) + 4 Movie secara percuma, anda bole stream melalui link dibawah:-
http://futurama-stream.com



About the Author

jieeba
I was born in Sandakan Sabah. Currently staying at Seri Kembangan, Selangor. I am working as a Technical Support in one of the hosting company in Malaysia.