Review
SONGLAP mengesahkan dua beradik iaitu Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang terlibat dalam sindiket penjualan bayi lantaran kesempitan hidup dikota. Bukan itu sahaja, Ad terpaksa membayar RM30 hanya untuk berbual dengan ibunya di pusat pelacuran. Keadaan menjadi genting apabila Ad mengambil keputusan untuk menyelamatkan Hawa (Sara Ali) iaitu adik kepada kawan karibnya yang mati akibat Dadah daripada dijual oleh sindiket tersebut. Ini membuatkan nyawa mereka adik-beradik menjadi taruhan kepada sindiket tersebut. Filem yang sangat baik (5 Bintang)!.








