Review
Underworld: Awakening adalah siri Underworld yang ke-4 selepas Underworld (2003), Underworld Evolution (2006), dan Underworld Rise of the Lycans (2009).
Apabila manusia mengetahui kewujudan Vampire dan Lycan, perang untuk menghapuskan kedua-dua puak ini telah bermula. Selene (Kate Beckinsale) telah dibekukan selama 12 tahun sebelum diselamatkan oleh anaknya Eve (India Eisley). David (Theo James) telah membawanya berjumpa kumpulan Vampire yang masih tinggal dalam usaha menentang manusia. Dalam keadaan puak Vampire yang lemah, mereka kemudian mengetahui dalang disebalik apa yang berlaku.









